50 Cawangan Aikka Paint Colour Mixing Specialist in Malaysia

Date Posted: 25/11/2020
https://www.aikka.com.my/image/cache/blogs/where-to-buy-aikka-p-300x300.jpg

Di Malaysia, kami mempunyai lebih daripada 50 cawangan kedai bancuh cat kereta jenama Aikka, setiap cawangan kami menyediakan bilik pameran warna untuk anda lebih memahami dan memilih warna.

Lebih daripada 300 warna khas dan beribu-ribu warna pilihan yang mampu memenuhi citarasa anda.

Di setiap cawangan Aikka, kami juga menyediakan perkhidmatan membancuh cat untuk lebih menyenangkan anda memberikan gambar warna yang anda mahukan dan kami dapat membancuh warna tepat pada citarasa anda.

Mengapa kami menggalakkan anda untuk melawat bilik pameran warna ? 

Warna yang ditunjukkan pada skrin dan warna yang dilihat secara langsung oleh mata manusia adalah berbeza. Telefon pintar yang berbeza juga mempunyai RGB yang berlainan. Paparan warna dengan latar belakang berwarna hitam atau putih didapati mempunyai perbezaan juga.  Oleh itu, kedai kami menyediakan segala sampel warna yang sebenar, untuk membantu anda dalam pemilihan warna yang tepat.

Setiap tahun, Aikka mengeluarkan katalog dengan pelbagai warna untuk cawangan Aikka dan bengkel cat kereta. Bagi memenuhi permintaan pasaran dan membolehkan pemilik kenderaan mengenali warna dengan lebih cepat dan tepat.

 


50 Cawangan Aikka Paint Colour Mixing Specialist in Malaysia

MALAYSIA