Perkara perkara dan set barang lengkap yang perlu anda ketahui semasa membeli barang untuk cat sebuah kereta ketika anda kunjungi di showroom Aikka. Apakah set barang lengkap yang perlu anda beli?

Date Posted: 04/12/2020
https://www.aikka.com.my/image/cache/blogs/set-barang-lengkap-a-300x300.jpg

Disini saya ingin menyatakan set barang lengkap (fullset) apa yang perlu anda beli untuk sebuah kereta. Antara set barang lengkap (fullset) yang perlu anda ketahui ialah :

     ♦️ 2K Primer / 2K Epoxy

     ♦️ 2K Thinner 

     ♦️ 2K Clearcoat

     ♦️ Clearcoat Thinner 

     ♦️ Groundcoat / warna cat alas bawah

     ♦️ Basecoat / cat warna kereta 

 

Rujuk gambar dibawah :

   

                                                                      

 

Groundcoat

 

Basecoat

 

AK0110 2K Grey Primer

 

       

 AK0230 Slow Tinner

 

       

AK1080 2K CHS Clearcoat

 

 AK 2016 Clearcoat Thinner

 

 

Setelah anda memahami set lengkap barang diatas, kami akan mengajar cara menggunakan setiap barang seperti berikut :

 

1. Simen / Putty 

Simen / putty yang selalu digunakan setiap bengkel sebelum memulakan proses mengecat. Kegunaannya ialah untuk menutup permukaan kereta akibat dari kesan calar, kemek, pecah dan lain-lain lagi. Pentingkah simen ini? Ya, simen ini amat penting bagi kegunaan industri cat kereta disetiap bengkel "body & paint" tanpa simen tukang cat tidak boleh memulakan proses mengecat. 

 


2. 2K Primer 

   2K Primer ada 2 jenis iaitu :

        (i) Epoxy Primer adalah cat pelapis awal yang digunakan diatas benda besi dan berfungsi untuk menahan timbulnya karat. 

        (ii) Surfacer Primer adalah cat lapisan diatas cat lama yang berfungsi :

              - memberi efek pelekatan yang kuat untuk lapisan cat diatasnya

              - memberi hasil permukaan yang tampak rata

              - menambah efek kilat pada hasil akhir pengecatan

Bagi yang baru memulakan mengecat kereta, yang paling penting adalah menggunakan primer dahulu. Selepas menggunakan primer masalah karat, berlubang, calar-calar kecil akan hilang. Pastikan anda sembur primer dengan sempurna diatas permukaan badan kereta dan seterusnya baru boleh memulakan proses mengecat.

 


3. Groundcoat / Warna Cat Alas Bawah

Groundcoat Ini digunakan selepas primer coat. Warna ini mengandungi sifat-sifat visual warna dan kesannya, dan biasanya ia dirujuk seperti warna-warna cerah seperti kuning, merah dan lain-lain. Bagi cat yang tiada isi anda perlu membuat satu groundcoat warna untuk anda senang mengecat kereta.  

 


4. Basecoat / Warna Cat Kereta 

Base Coat merupakan cat warna kereta seperti yang kita nampak. Base Coat terdapat dalam berbagai jenis di cawangan Aikka diantaranya warna solid, warna pearl, warna candy, khameleon, diamond, multi silver dan brilliant illusion. Manakala selepas menggunakan basecoat, maka terhasil warna citarasa mereka sendiri apa yang mereka mahu.

 


5. 2K Clearcoat

2K Clearcoat adalah lapisan terakhir cat lutsinar yang berfungsi sebagai pelindung basecoat dari kerosakan akibat cuaca dan juga berfungsi untuk menaikkan warna cat. 2K Clearcoat ia mengandungi perlindungan UV tambahan dan kilatan boleh bertahan sehingga 5 tahun keatas.

Di kedai Aikka, kami mengesyorkan anda pakai clearcoat AK VHS279 CERAMIC CLEARCOAT & HARDENER 2:1 fungsinya ialah :

- berkilat seperti kaca

- menaikkan lagi warna kilauan kereta

- daya tahan cukup keras dan berkualiti tinggi