Panduan mendapatkan kod warna dan nama warna kereta dengan betul?

Date Posted: 10/12/2020
https://www.aikka.com.my/image/cache/blogs/panduan-mendapatkan--300x300.jpg

Adakah pelanggan mengetahui kod warna yang diminatinya itu? Contoh gambar dibawah : 

Apakah kod dan nama warna kereta Honda s2000 ini?

Kebanyakkan orang selalu jawab : Owh! ini warna Aztec Green.


Sekarang, kalau anda hendak memilih warna kereta Honda s2000 Aztec Green gambar diatas untuk dicat kereta sendiri. Apakah yang selalu anda buat? 

i. Tanya kawan dahulu, Apa nama Warna ini?

ii. Tanya bengkel cat kereta, Apa nama warna ini? Apa kod warna ini?

iii. Tanya kedai cat, Apa nama warna ini? Apa kod warna ini?

iv. Tanya owner kereta, Apa nama warna ini? Apa kod warna ini?

Jawapan daripada keempat-empat orang itu adalah sama iaitu nama Honda s2000 Aztec Green dan mendapatkan kod warna BG29P dari kedai cat atau bengkel cat kereta.

Kerana warna asal Honda s2000 ialah Aztec Green BG29P.

*Katalog warna asal kereta Honda Japan 


Apakah masalah yang akan kamu hadapi?

Kenapa warna Aztec Green saya tak sama dengan gambar warna honda s2000 Aztec Green diatas? 

Contoh persoalan pelanggan :

- Pelanggan bertanya kod warna yang dia minat dekat orang. Tetapi pelanggan hanya melihat warna yang diminatinya hanya dalam gambar sahaja.

- Selepas pelanggan mendapat kod warna, lalu pergi ke kedai cat atau bengkel cat memberitahu kod warna iaitu kod BG29P (Aztec Green) untuk spray keretanya.

- Bila kereta pelanggan sudah siap spray dia tertanya tanya "kenapa saya punya Aztec Green hijau, kenapa tak biru-biru sikit"?

 


Masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan adalah memilih warna dari telefon pintar dan internet :

* Apabila warna Aztec Green yang ditunjukkan pada skrin dan warna yang dilihat secara langsung oleh mata kasar kita adalah berbeza. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk melawat bilik pameran Aikka (showroom) kerana kami menyediakan segala sampel warna yang sebenar, untuk membantu anda dalam pemilihan warna yang tepat. 

* Sesetengah bengkel mahupun orang lain suka mengubah suai (adjust) warna Aztec Green ikut citarasa mereka sendiri. Sebab itu warna Aztec Green Original iaitu kod BG29P tak sama warna dengan pilihan gambar Aztec Green yang pelanggan nak iaitu Aztec Green warna kebiruan sedikit. 

*  Sesetengah pelanggan meminta kedai cat untuk bancuh warna Aztec Green kepada warna nak kebiruan mahupun kehijauan sedikit malah tukar menjadi gelap atau terang dan tambah metalik kasar, pearl dan crystal. 

 

Contoh gambar yang ditunjukkan pada skrin dibawah :


Gambar di bawah terdapat pelbagai warna Aztec Green yang kami ambil di media sosial. Kepada pelanggan, anda boleh search melalui google / facebook untuk melihat sendiri warna Aztec Green. 


Di cawangan kedai cat Aikka, kami ada banyak pilihan warna seperti Aztec Green. Warna asal Honda Aztec Green hanya ada satu kod sahaja BG29P. Kalau warna seperti Aztec Green atau sudah custom oleh pelanggan, kodnya akan berlainan maka Bukan BG29P.


Panduan di atas bukan warna Aztec Green sahaja, malah warna lain jugak akan berlaku persoalan seperti berikut. Oleh itu, kami Aikka mengesyorkan anda membawa sample warna ke kedai supaya kami boleh bancuh warna tepat pada citarasa yang anda mahukan.